SUSULAN kecaman yang diterima ketika menjadi penyampai jemputan dalam segmen 3 Pagi Era baru-baru ini, pengacara dan usahawan Neelofa mengakui kekurangan diri ketika berkongsi pandangannya dengan salah seorang pemanggil.
Kata Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 35, kesuntukan masa ketika itu menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk berkongsi isu berkenaan secara menyeluruh sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan pendengar.
“Saya akui ketidaksempurnaan memberi pandangan dalam konteks menyeluruh. Saya bercakap tentang agama tanpa menyentuh aspek lain seperti kesihatan mental dan juga empati. Saya bukanlah ustazah yang layak bercakap tetapi berkongsi sedikit daripada apa yang saya tahu.
Penjelasan Neelofa baru-baru ini menimbulkan salah faham ramai.