SELEPAS sudah berpisah dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2021, pemain tengah Singapura iaitu Hariss Harun dijangka akan kembali ke pangkuan kelab itu.
Namun begitu, kepulangannya tidaklah sebagai pemain JDT, sebaliknya sebagai bintang kelab Singapura, Lion City Sailors (LCS).
Hal ini kerana, Hariss dan LCS akan turun menentang JDT pada April ini dalam siri perlawanan persahabatan menjelang sepak mula musim baharu Liga Super.






