BEKAS isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berkongsi momen sebak anak lelakinya iaitu Umar meluahkan rasa rindu terhadap bapa.
Mahukan belaian seorang ayah, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, berkata Umar pernah meminta izin untuk menumpang kasih bapa saudaranya sendiri.
“Humairah sudah tidak kisah (perihal Hafidz). Umar pula sebab dia kecil lagi dan tidak rasa (kasih sayang seorang bapa). Jadi dia teringinlah.

Shuhada tidak sanggup melihat anaknya sedih merindui bapa sendiri.






