PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengatakan yang sukan bola sepak merupakan pertandingan yang ‘keras’.
Dia yang membina empayar gemilang JDT dalam menguasai bola sepak Malaysia mengatakan ia memerlukan pengetahuan yang luas serta berada di atas dan mencapai kejayaan.
Kata TMJ, adalah penting untuk meletakkan diri di tempat yang betul kerana jika ia tidak dilakukan, segalanya tidak bermakna.







