KEHADIRAN beberapa wajah baharu dalam barisan serangan Kedah Darul Aman (KDA) FC memberi keyakinan buat Nafuzi Zain untuk membina empayar baharu bersama skuad Hijau Kuning dalam saingan Liga Super musim ini.
Kelab berpangkalan di Utara tanah air itu dibelenggu masalah kewangan baru-baru ini namun tetap berhasil menandatangani beberapa bakat berkualiti tinggi terutamanya di bahagian hadapan.
Skuad Sang Kenari sudah mengambil penyerang, Syafiq Ahmad secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT); perancang tengah, Faiz Nasir pinjaman dari Terengganu, pemain sayap Uzbekistan, Sukhrob Nurullaev dan pemain antarabangsa Haiti, Sony Norde.






