TINDAKAN Wan Raja menyakat anak lelakinya mencuit hati netizen apabila aktor itu sengaja mengusik dia sedang makan ‘mata kucing’.
Sebagai seorang pencinta haiwan berkenaan, Muhammad Emre Farizqi menangis ketakutan melihat bapanya menikmati buah mata kucing atau longan yang dihidangkan ketika berbuka puasa.
“Mata kucing… Kakak makan sebelah, adik makan sebelah,” katanya.