KEPUTUSAN untuk terus membiarkan Arif Aiman disisihkan daripada menyertai skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia dilihat sebagai satu langkah bijak.
Walaupun Harimau Muda berdepan prospek besar untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 menerusi Piala Asia B-23 yang akan diadakan di Qatar pada April, masih tiada keperluan untuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggunakan khidmat pemain sayap itu di kejohanan tersebut.
Sebaliknya, Arif lebih diperlukan untuk membantu skuad senior meraih tempat di pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan tugasan bertemu Oman menanti.






