PENYANYI Meer Nash menerima kecaman netizen apabila dia mengenakan bayaran bagi menganjurkan majlis berbuka puasa bersama peminat yang dijadualkan pada 31 Mac ini.
Menjawab perkara tersebut, Meer Nash atau Muhammad Shahmeer Mohd Nasrul, 28, menegaskan dia tidak pernah mengaut keuntungan daripada mana-maja majlis yang dianjurkan bersama kelab peminat.
“Untuk pengetahuan, selama saya buat majlis bersama peminat satu sen pun saya tidak pernah nak kaut untung. Peminat saya dapat dengan harga yang mereka bayar.

Ada yang kurang senang Meer Nash mengenakan bayaran kepada peminat.






