TINDAKAN adik kepada Bella Astillah memuat naik video mempamerkan kemesraannya bersama pelakon Ruhainies di Instagram baru-baru ini menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.
Menjelaskan perkara itu, Didi Astillah memberitahu dia berkongsi video berkenaan kerana tidak mahu orang ramai tertanya-tanya mengenai individu ditangkap bersama abang iparnya, Aliff Aziz.
“Nanti korang tertanya-tanya siapa. Jadi saya tolong korang, jangan keliru. Kalau geram, kan suka gigit yang macam tu (sambil menggigit bibir).
Didi ketika bersiaran langsung di TikTok milinya.