KECOH kancah bola sepak Malaysia apabila kelab Liga M3, Perlis United dikatakan akan menyertai Liga Super untuk menggantikan Kelantan FC yang diturunkan pangkat ke liga bawahan.
Keputusan itu nyata bukan cakap-cakap kerana ia turut disahkan oleh badan penganjur liga, Malaysian Football League (MFL) yang Perlis United bersedia untuk bersaing dengan kelab handalan seperti Johor Darul Ta’zim, Selangor FC dan Terengganu FC.
Akan tetapi, perkhabaran tersebut dijangka akan menjadi mimpi yang tidak kesampaian apabila Perlis United dilaporkan memilih untuk menarik diri daripada menyertai Liga Super.






