PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memanggil 17 pemain bagi menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya Bawah 23 tahun (B-23) bermula Ahad ini sebagai persediaan ke saingan Piala Asia B-23 di Qatar pada bulan depan.
Selain 17 orang pemain berkenaan, skuad B-23 negara juga akan disertai 11 pemain lain yang ketika ini sedang menjalani kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon sejak 8 Mac lalu.
“Mana-mana pemain itu yang tidak berada dalam skuad akhir untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bertemu Oman akan dilepaskan untuk menyertai kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan,” memetik kenyataan FAM pada Selasa.






