SEJAK kisah anak perempuan sulungnya berkahwin di Thailand, pelakon dan penyanyi Abby Abadi menjadi buruan ramai yang ingin mendapatkan kenyataannya berhubung isu berkenaan.
Baik Abby atau bekas suaminya, Norman Hakim tetap memilih mengunci mulut mengenai pelbagai spekulasi dan dakwaan berhubung pernikahan anak perempuan mereka iaitu Marissa Dania dengan Ahmad Aslam.
Bagaimanapun, Abby, 47, dalam temu bual singkat bersama usahawan Datuk Seri Aliff Syukri sedikit sebanyak mula memperlihatkan pelakon Gerak Khas itu lebih terbuka bercakap mengenai Marissa dan Aslam.