KEPUTUSAN bek kanan, Rizal Ghazali untuk kembali ke pangkuan Kedah Darul Aman (KDA) FC menerima respons baik daripada penyokong Hijau Kuning selepas dua musim beraksi buat Sabah FC.
Dia yang pernah berkhidmat untuk beberapa tahun buat skuad Sang Kenari memilih untuk menyertai pasukan itu selepas kontraknya bersama kelab Borneo berkenaan tamat awal tahun lalu.
Bagaimanapun, masih terdapat beberapa pihak yang sedikit tertanya-tanya dengan keputusannya memandangkan kelab Utara tanah air berkenaan berdepan isu tunggakan gaji pada 2023.






