HARIMAU Malaya disahkan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Nepal sebelum aksi getir menentang Oman bagi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 26 Mac ini.
Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat kritikan hebat daripada penyokong selepas dikatakan tidak akan melakukan sebarang perlawanan persahabatan untuk memanaskan ‘enjin’ para pemain sebelum terbang ke Oman.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon bagaimanapun menyangkal tuduhan berkenaan dan menjelaskan aksi berdepan Nepal akan berlangsung secara tertutup di Lembah Klang pada 15 Mac ini.






