PERPINDAHAN Akhyar Rashid secara pinjaman ke Terengganu FC membuatkan rata-rata penyokong bola sepak tanah air teruja akan perkhabaran itu.
Manakan tidak, dia yang memiliki bakat terpendam kerap disisihkan di bangku simpanan Johor Darul Ta’zim (JDT) gara-gara lambakan pemain import dalam pasukan berkenaan.
Tetapi, sekiranya diberikan peluang, anak jati Kedah tersebut jarang mengecewakan dengan kebolehannya memburu jaringan dan mengelirukan pihak lawan sukar dipertikaikan.






