Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Star Media Group (“SMG”) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meningkatkan keterlihatan dan impak penglibatan Malaysia dalam perdagangan global.
Kerjasama ini memastikan SMG sebagai rakan media rasmi MATRADE, merangkumi pelbagai inisiatif seperti misi lawatan, pameran perdagangan, dan projek berskala besar.
Dari misi pemercepatan eksport di Asia dan Afrika hingga pameran perdagangan di Eropah dan Timur Tengah, jangkauan global MATRADE dan inisiatif perdagangan strategiknya akan terus berkembang pada tahun 2024 dengan pelbagai misi dan pameran perdagangan yang dirancang di pelbagai negara.
Bagi projek berskala besar, pameran perdagangan pertama Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) di Dubai, MIHAS @Dubai, dijadualkan akan berlangsung dalam Middle East Organic and Natural Product Expo dari 18 hingga 20 November tahun ini. Dengan matlamat jualan yang ditetapkan sebanyak RM1 billion, acara ini menunjukkan komitmen MATRADE terhadap kepentingan global industri halal.
Selain itu, MIHAS Kuala Lumpur, pameran perdagangan ke-21 China-Asean Expo (CAEXPO), dan Malaysia-China Summit (MCS) juga mencatatkan peristiwa penting bagi kolaborasi MATRADE dan SMG, mengukuhkan dedikasi kedua-dua organisasi dalam meningkatkan hubungan perdagangan dan memperkukuhkan persefahaman strategik.
Meneruskan visi bersama, persefahaman ini juga bertujuan untuk merevolusikan pengalaman delegasi perdagangan dengan menggunakan strategi media yang kuat dan mudah disesuaikan, diciptakan khusus untuk memanfaatkan peluang selama misi antarabangsa.
Semasa majlis tandatangan yang berlangsung pada 5 Mac 2024 (Selasa), YB. Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi MATRADE, menyatakan keyakinannya terhadap kerjasama ini, MATRADE dan pihak berkepentingan dapat membuka peluang ekonomi yang besar.
“Dengan memanfaatkan jangkauan media SMG yang meluas, kami jangkakan peningkatan yang besar dalam keterlihatan inisiatif MATRADE yang akan melintasi sempadan dan meningkatkan keuntungan pengeksport Malaysia di pelbagai pasaran. Bersama dengan SMG, kami bersedia untuk memperluas impak kami serta memperkukuh reputasi Malaysia sebagai pemimpin perdagangan global,” tambah beliau.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, berkata, “Sebagai mercu tanda dalam perdagangan global, MATRADE dan SMG bersatu untuk menyokong pembaharuan. Kerjasama ini didedikasikan untuk memperkasakan pengeksport Malaysia dan membuka peluang pertumbuhan melalui penyertaan dalam pameran perdagangan antarabangsa.”
Chan Seng Fatt, Ketua Pegawai Eksekutif (GCEO) Kumpulan SMG, menekankan kerjasama berkekalan antara kedua-dua organisasi. Beliau menekankan sokongan teguh MATRADE terhadap inisiatif SMG yang bertujuan untuk mempromosikan dan mengiktiraf pencapaian industri perdagangan Malaysia. Contohnya seperti di ‘the Star Outstanding Business Awards (SOBA)’ yang meraikan ulang tahun ke-15, dan ‘the Export Excellence Awards (EEA)’, yang menyambut ulang tahun ke-5 tahun ini. Inisiatif ini menunjukkan usaha bersama untuk meningkatkan dan mengiktiraf pencapaian dalam sektor perdagangan Malaysia.
“Kerjasama ini melambangkan momen penting untuk kemajuan dan kejayaan bersama, membolehkan kami meningkatkan profil wakil perdagangan secara strategik dan meningkatkan kesedaran media mengenai pencapaian MATRADE,” ujarnya.
Lydia Wang, Ketua Pegawai Perniagaan SMG, menekankan pencapaian luar biasa MATRADE sebanyak RM3.2 billion dalam penjualan melalui MIHAS pada tahun 2023. “Sebagai salah satu agensi media terkemuka di Malaysia, kami akan berusaha mengekalkan momentum ini dengan memanfaatkan kepakaran dan sumber kolektif kedua-dua organisasi” katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai program dan peluang perdagangan MATRADE yang akan datang, layari matrade.gov.my.