PELAKON Rita Rudaini menempelak sikap segelintir netizen meminta dia mempertemukan dua anak lelakinya dengan bapa mereka iaitu pemain bola sepak Aidil Zafuan.
Rita, 47, berkata, tindakan bekas suaminya itu menyebut nama anak-anak mereka dalam video siaran langsung sekadar meraih simpati orang ramai.
Kata aktres itu, jika Aidil benar-benar mengambil berat mengenai anak-anak dia telah melakukan sejak dulu lagi.

Aidil dikatakan sudah lama tidak bertemu anak-anaknya bersama Rita.







