Viral

[VIDEO] ‘Hilang sekejap darah dekat muka’, terkejut acah-acah melintas di Batu Caves, risau sebijik scammer China

SEORANG pemandu berdepan detik cemas selepas hampir terlibat kemalangan dengan seorang pejalan kaki yang secara tiba-tiba mengacah masuk ke tengah jalan dalam kejadian di Batu Caves, Selangor pada Ahad.

Klip rakaman insiden tersebut yang diambil menerusi kamera papan pemuka kenderaan terbabit dikongsikan sendiri oleh pemiliknya yang memuat naiknya di Group Facebook DashCam Owners Malaysia.

Berdasarkan video berdurasi lima saat itu, pemandu berkenaan dilihat sedang melalui sebuah persimpangan lampu isyarat sebelum seorang lelaki yang sedang berjalan di tepi mengacah melompat masuk ke bahagian tengah jalan

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh