SATU masa dulu, Sri Pahang FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai perseteruan yang cukup hebat antara dua kelab ini. Kedua-duanya sering bertemu dalam perlawanan akhir dan sering bertarung merebut kejuaraan liga.
Terdapat beberapa pertarungan yang cukup menarik dihasilkan oleh kedua-dua kelab antara ketika Sri Pahang dan JDT diundi untuk bertemu dalam pusingan kedua Piala FA 2015.
Pertarungan yang diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang menyaksikan Tok Gajah berjaya mendahului satu gol menerusi Matias Conti pada separuh masa pertama.





