TINGGAL sehari sebelum berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah mempunyai tiga calon lagu pilihan bergelar juara.
Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, meramalkan AJL38 bakal didominasi oleh lagu nyanyian Aisha Retno iaitu Sutera, Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu) dan Ernie Zakri (Astana).
“Penjurian ini berbeza-beza tapi mengikut penilaian saya secara peribadi merasakan Aisha, Aina dan lagu nyanyian Ernie ada potensi (bergelar juara).





