MENGINJAK usia 53 tahun, penampilan Datin Seri Nina Juren sering kali mendapat perhatian peminat terutama pada bahagian kulit wajahnya yang kelihatan mulus menjadi idaman setiap wanita.
Berkongsi amalan dan rutin hariannya, Nina atau nama sebenarnya Haznina Juren Haniff berkata dia tidak menggunakan sebarang produk kecantikan sebaliknya mengamalkan sabun tawas untuk membersihkan wajahnya.
“Sampai hari ini rahsia saya tiada pencuci muka… saya tak pernah beli. Saya ini pemalas sikit nak ikut setiap langkah penjagaan kulit itu.
Nina terlihat lebih muda berbanding usia sebenarnya.