MEMIKIRKAN usia kandungan hampir memasuki usia lapan bulan, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad terpaksa melepaskan tawaran bergelar hos program realiti Akademi Sahur di Indonesia pada Ramadan ini.
Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, berkata, jika dia bersetuju menerima tawaran tersebut ada kemungkinan dia terpaksa bersalin anak kedua di negara jiran.
“Pada mulanya memang saya terima tawaran itu tetapi apabila memikirkan kandungan sudah cecah usia lapan bulan dan perlu berada di sana sepanjang Ramadan saya terpaksa tolak.

Uyaina ketika ditemui pada acara Raya Ariani 1001 Tales.






