DI Jepun, ia sudah menjadi satu perkara sinonim apabila dikaitkan dengan anime. Anime merupakan salah satu daripada perkara yang cukup ikonik buat negara Matahari Terbit tersebut.
Industri anime Jepun telah menghasilkan pelbagai cerita menarik saban tahun. Malah, mereka turut menghasilkan pelbagai anime berkaitan bola sepak seperti Captain Tsubasa dan Inazuma Eleven.
Anime-anime tersebut jelas menjadi inspirasi buat pemain bola sepak di seluruh dunia. Malah, bekas penyerang handalan Sepanyol iaitu Fernando Torres mengakui yang dia benar-benar meminati anime Captain Tsubasa.