WALAUPUN bersahabat baik, personaliti media sosial dan usawahan Rosix Omar tidak mengetahui isu sedang melanda pasangan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Amelia Christie yang sedang hangat diperkatakan.
Rosix memberitahu dia juga lebih selesa tidak memberi sebarang komen berhubung perkara berkenaan kerana ia bukan urusannya.
“Saya pun baru dengar perkara itu. Saya tidak tahu. Bagi saya itu normal (unfollow Instagram). Kadang-kadang kita pun buat perkara sama.







