SELEPAS mengumumkan dia dilamar kekasih hati, pelakon Afifah Nasir selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya iaitu Syed Hariz pada malam Sabtu.
Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh adiknya iaitu Nazira Nasir di Instagram miliknya pada pagi Ahad yang menyifatkan majlis tersebut sebagai hari yang indah dan penuh cinta.
“Pertunangan kakak saya! Malam yang indah penuh cinta dan tawa,” katanya di ruangan kapsyen.
Manis sedondon Afifah dan juga Hariz di majlis bertunang.