PELAKON Fattah Amin tidak menyangka lakonannya menerusi filem Trinil: Kembalikan Tubuhku berjaya menambat hati penonton di Indonesia.
Cerita Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, dia dimaklumkan ada seorang peminat kanak-kanak berusia tujuh tahun di negara berkenaan menangis kerana terkesan menonton filem berkenaan.
Penonton itu dikatakan terlalu marah dengan watak Sutan dilakonkan oleh pelakon Rangga Nattra yang tergamak melakukan sesuatu terhadap Yusof iaitu watak lakonan Fattah.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
“Sewaktu pelakon melakukan promosi di pawagam, Rangga (watak Sutan) keluar panggung dan tiba-tiba ada seorang penonton ini menangis beria dan macam nak pukul Rangga.
Fattah berkongsi pengalaman berlakon filem Indonesia.
“Rupa-rupanya dia marah terhadap watak Sutan kerana melakukan sesuatu perkara yang sedih terhadap Yusof dalam filem tersebut.
“Kami (barisan pelakon) pun tidak menyangka watak Yusof dapat membuatkan penonton menangis,” katanya kepada mStar.
Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media tayangan perdana filem Trinil: Kembalikan Tubuhku yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin belum puas cabar diri, peminat mahu lebih banyak watak aksi selepas kejayaan ‘Mat Kilau’
ARTIKEL BERKAITAN: Fazura, Fattah tak rancang tambah anak… Enggan ganggu komitmen kerja
Dalam pada itu, Fattah juga memberitahu dia sudah bertemu dengan peminat yang berasal dari Bandung itu dan difahamkan kanak-kanak tersebut sanggup ke Jakarta semata-mata ingin bertemu dengannya.
“Ada sekali sewaktu saya datang ke sana untuk mempromosikan filem ini, saya dipertemukan dengan kanak-kanak itu.
“Peminat tersebut sanggup datang dari Bandung ke Jakarta semata-mata ingin bertemu dengan saya. Bila dah berjumpa pun dia masih menangis kerana katanya betul-betul terkesan dengan satu babak sedih dalam filem tersebut,” ujarnya.
Ramai juga yang DM di Instagram mengucapkan salam kenal. Ini adalah kali pertama saya berlakon di Indonesia.
FATTAH AMIN
PELAKON
Pelakon filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah ini turut meluahkan rasa syukur kerana bakat lakonannya mula diterima oleh peminat di Indonesia.
Kata Fattah, dia berasa senang dengan respon positif yang diterima daripada peminat di sana.
“Saya ada juga membaca komen-komen di YouTube ramai yang buat review tentang filem ini memberitahu mereka suka dengan watak Yusof yang saya bawa.
“Ramai juga yang DM di Instagram mengucapkan salam kenal. Ini adalah kali pertama saya berlakon di sana dan saya juga bersyukur kerana diterima dengan baik,” jelasnya.
Hanung Bramantyo merupakan pengarah popular di Indonesia.
Dalam pada itu, Fattah berkata dia teruja apabila buat pertama kali dapat melebarkan sayap ke Indonesia.
Malah dia juga tidak menyangka dapat berlakon dibawah arahan pengarah Hanung Bramantyo yang sebelum ini popular menerusi filem-filem hebat termasuk Ayat-Ayat Cinta, Kartini, Habibie & Ainun, Surga Yang Tak Dirindukan dan banyak lagi.
“Saya rasa ini semua adalah satu rezeki kerana saya pun baru sahaja berlakon beberapa buah filem di Malaysia.
“Tak sangka dapat peluang untuk berlakon dalam filem Indonesia pula, lebih-lebih lagi dengan pengarah terkenal seperti Hanung.
“Alhamdulillah kami dapat berkerjasama dengan baik. Apa yang penting bagi saya komunikasi antara pelakon dan pengarah. Bila ada bonding tersebut dan masing-masing faham dengan kerja jadi semuanya dapat berjalan dengan lancar,” katanya.
Watak Yusof lakonan Fattah mendapat respon positif daripada penonton.
Trinil: Kembalikan Tubuhku bermula dengan kisah pasangan suami isteri, Rara (Carmela Van De Kruk) dan Sutan (Rangga) memulakan hidup baharu setelah berkahwin. Rara mewarisi sebuah ladang teh yang terletak di Jawa Tengah, manakala Sutan pula menjadi jururawat di hospital.
Pada suatu malam, Rara mengalami gangguan mistik. Risau terjadi sesuatu perkara yang lebih buruk, Sutan meminta bantuan Yusof (FaWah Amin) untuk menangani gangguan berkenaan.
Filem Trinil: Kembalikan Tubuhku akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai Khamis.
Apa yang lebih istimewa, penyanyi Aina Abdul telah diberi peranan untuk menyanyikan lagu OST filem berkenaan berjudul Kasih Merintih.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You