SEORANG kanak-kanak terkejut apabila menyaksikan sebuah kemalangan di depan matanya ketika sedang bergurau senda bersama bapanya di dalam kereta.
Menerusi video kamera papan pemuka (dashcam) dimuat naik di Twitter (X) @jllmisai, kanak-kanak tersebut pada awalnya sedang membuat bunyi siren ambulans ketika menunggu lampu isyarat merah di persimpangan jalan di Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu.
Namun, beberapa minit kemudian, sebuah kereta di arah bertentangan dilihat meluncur laju sebelum merempuh penunggang motosikal.






