PENYANYI Erul Samah menyifatkan kecaman diterima selepas tampil menyanyikan lagu finalis Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) sebagai melampaui batas.
Erul atau Khairul Najmuddin Abu Samah, 33, berkata, dia sudah cuba melakukan sehabis baik selain menyanyi mengikut cara tersendiri.
“Saya sudah terbiasa dengan kecaman tetapi kali ini saya rasa agak melampau sampai ada cakap cara saya menyanyi macam orang baru bangun daripada mati. Itu sudah tahap kurang ajar.