PENYANYI dan komposer Ajai memaklumkan ibu mentuanya iaitu Asmah Hashim meninggal dunia pada petang Selasa.
Berita pemergian Allahyarham dikongsi Ajai atau Mohd Faizal Maas, 49, menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Selasa.
Ajai tidak berkongsi punca Allahyarham meninggal dunia.
Ajai turut memohon orang ramai untuk mendoakan supaya Allahyarham ibu mentuanya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.