DUNIA bola sepak hari ini dikejutkan apabila legenda skuad kebangsaan, Khalid Ali menghembuskan nafas terakhirnya selepas beberapa bulan bertarung dengan penyakit kanser pada Selasa.
Berdasarkan satu ciapan Astro Arena, Khalid yang berusia 67 tahun itu meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
“Salam takziah diucapkan buat keluarga legenda bola sepak negara, Allahyarham Khalid Ali yang disahkan meninggal dunia pada pukul 3.05 petang tadi (Selasa) di PPUM. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, al-Fatihah,” tulisnya.





