PENYANYI Wany Hasrita mengalami peningkatan berat badan sebanyak lima kilogram selepas berdepan fasa malas sejak beberapa minggu lalu.
Wany atau Nurshazwany Hasrita, 32, berkata, dia percaya pengambilan gula berlebihan punca berat badannya meningkat secara mendadak.
Kata Wany sejak kebelakangan ini dia sering berasa malas bergerak aktif termasuk menjaga penampilan diri.

Wany tekad keluar dari fasa bermalasan.






