SEORANG pemandu kereta mengalami detik-detik mencemaskan apabila kenderaannya mengalami kerosakan teruk akibat bertembung dengan sekumpulan lembu yang berkeliaran di jalan utama dekat Jalan Baru Kampung Setul, Perai, Pulau Pinang pada Khamis.
Rakaman kejadian itu turut disiarkan laman Facebook, Penang Kini yang menunjukkan haiwan tersebut melintas secara tiba-tiba ke tengah-tengah jalan dan gagal dielak pemandu terbabit.
Penang Kini dalam hantarannya menggesa pihak berkuasa untuk mengatasi isu tersebut yang ternyata mengancam keselamatan pengguna jalan raya.