AKIBAT termakan pujukan rakan selain mahu kelihatan hebat sebagai usahawan, pelakon Saharul Ridzwan memberitahu kereta jenama mewah Mercedes Benz yang dibeli pada 2018 bertukar menjadi beban.
Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 35, tanpa berselindung memberitahu ketika itu dia menyangka memandu kenderaan mewah dapat menjadi lambang kemegahan dan ternyata ia merupakan kesilapan besar.
“Kereta ini memang jarang bergerak dan saya gunakan untuk ke lokasi penggambaran. (Sekarang) kereta ini parking di rumah ibu dan dia minta saya menjualnya.

Saharul turuk berkongsi kondisi keretanya yang masih baik.





