SEBELUM ini, kecoh di media sosial dengan isu cubaan meminta dan menerima rasuah melibatkan anggota keselamatan seperti polis ketika memberi saman keapada pengguna jalan raya.
Terbaharu, tular pula sebuah video memaparkan perbuatan seakan-akan sama namun bukan dilakukan oleh anggota keselamatan.
Menerusi video yang dimuat naik di Twitter (X) @mynewshub, pemandu kereta jenis Volkswagen kuning didakwa melakukan cubaan memberi duit kepada seorang anggota polis ketika ditahan di tepi jalan.





