SELEPAS kemelut bersama keluarga reda, ibu kepada penyanyi Shila Amzah dilihat memuat naik video memaparkan kenangan indah bersama keluarga di laman sosial miliknya.
Menerusi kapsyen video berkenaan, Fauziah, 57, meluahkan rasa rindu terhadap keluarga dengan berlatar belakangkan lagu daripada kumpulan Repvblik berjudul Sayang Sampai Mati.
“Terima kasih anak-anak Mak. Alhamdulillah,” tulisnya.
Fauziah bersama Shila (kiri) dan Syada (kanan).