POLIS Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat sebuah video tular di media sosial sejak Ahad berhubung isu pembayaran saman yang dikenakan terhadap warga asing baru-baru ini.
Ia selepas video yang memaparkan pasangan suami isteri berasal dari United Kingdom disaman oleh anggota polis trafik akibat kesalahan memandu laju, dimuat naik di Twitter (X) @doktorrezz dan kini menjadi bualan hangat netizen.
Dalam video itu, seorang lelaki dipercayai anggota polis trafik memberitahu pasangan terbabit bahawa terdapat dua pilihan untuk membayar saman yang dikenakan.





