PEMAIN bola sepak wanita kebangsaan, Intan Sarah bakal dikenakan tindakan disiplin oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gara-gara memuat naik ciapan mengherdik ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon semasa perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan pada Khamis lalu.
Dalam ciapan itu, Intan secara terbuka mengutuk pemilihan pemain oleh Pan-gon dengan melabelnya ia pertukaran yang bodoh.
Tindakan bekas pemain New York Dutch Lions FC itu mendapat kecaman daripada ramai pihak selepas pemain pilihan Pan-gon, Romel Morales berjaya menjadi wira Harimau Malaya untuk mengikat kedudukan 3-3 menentang Korea Selatan.






