MALAM gemilang Harimau Malaya mengikat seri Korea Selatan dengan keputusan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha, Qatar pada Khamis masih menjadi bualan penyokong.
Tiga jaringan dari Harimau Malaya dicetak Faisal Halim pada minit ke-51, sepakan penalti sempurna Arif Aiman Hanapi pada minit ke-62 dan pemain gantian, Romel Morales berjaya menyamakan kedudukan pada babak kecederaan.
Dari semua jaringan yang dicetak oleh tiga pemain berkenaan, gol cantik penyerang sensasi, Faisal Halim pada minit ke-51 juga menarik perhatian penyokong global sehingga dilabel sebagai ‘Goal of the tournament’ bagi kejohanan tertinggi Piala Asia.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





