KARAKTER dan personaliti berbeza antara pengacara Ain Edruce dan suaminya iaitu Amirul Hafiz sering menjadi bualan dan usikan peminat di media sosial.
Ain dikenali sebagai individu yang ceria dan berperwatakan ‘gila-gila’ dilihat cukup berbeza dengan karakter suaminya itu.
Berkongsi detik awal pertemuan mereka, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 32, memberitahu dia dan Amirul mula bertegur sapa menerusi laman Instagram.
Ain terpikat dengan sikap bersahaja Amirul.