Sukan

Kesukaran adakan aksi ‘friendly’ buat Kim Swee gusar kempen Piala AFC skuad Sang Badak

KEKURANGAN perlawanan kompetetif yang dihadapi Sabah FC dikhuatiri akan mengganggu persiapan mereka menjelang aksi separuh akhir Zon ASEAN menentang kelab Australia, Macarthur pada 13 Februari.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, meskipun sudah mengadakan sesi latihan sejak minggu lalu, kesukaran mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang pasukan berkualiti menjadikan kegusaran buatnya.

“Kesemua pasukan dari Semenanjung Malaysia masih sedang bercuti. Jadi, adalah agak sukar buat kami untuk mendapatkan lawan bagi aksi pemanas badan,” katanya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.