Hiburan

Mufti saran tangguh konsert Siti Nurhaliza demi hormati bulan Ramadan, ini jawab Yayasan Nurjiwa

SELEPAS menerima saranan menangguhkan Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza, penganjur iaitu Yayasan Nurjiwa milik penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa tampil memberikan maklum balas berkenaan isu tersebut.

Menerusi satu kenyataan, yayasan berkenaan menjelaskan konsert yang bakal berlangsung pada 9 Mac ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada aktiviti amal termasuk bantuan kepada masyarakat Palestin.

Menurutnya lagi, konsert yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur ini juga bukan dianjurkan demi mengaut keuntungan semata-mata kerana keseluruhan hasil kutipan tiket akan disalurkan kepada tujuan amal dan kebajikan.

Siti sedia maklum dengan tarikh konsert menjelang bulan Ramadan.

Siti sedia maklum dengan tarikh konsert menjelang bulan Ramadan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh