SELEPAS tujuh tahun mewakili Johor Darul Ta’zim (JDT), Adam Nor Azlin kini semakin menghampiri untuk mengikuti jejak langkah beberapa bekas pemain Harimau Selatan menyertai Sri Pahang FC untuk saingan Liga Super musim depan.
Perkara itu dikongsikan oleh pemerhati bola sepak, T. Avineshwaran menerusi media sosial miliknya pada Selasa.
Menurut ciapan yang dimuat naik oleh T. Avineshwaran, bekas pemain pertahanan kebangsaan itu semakin hampir menyertai Pahang meskipun terdapat beberapa khabar angin dia bakal berhijrah ke Perak.