PERCUTIAN pelakon Fathia Latiff ke Jepun sejak beberapa hari lalu membongkar beberapa rahsia yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini.
Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, mendedahkan dia sebenarnya mempunyai darah keturunan diraja dari negara matahari terbit berkenaan.
Jelasnya, dia sebelum ini mengetahui mempunyai darah campuran Jepun namun tidak mengetahui tentang asal usul daripada keluarga di raja.

Fathia sekarang sedang bercuti Jepun bersama teman lelakinya.






