PELAKON dan pengacara Awal Ashaari tidak bersetuju dengan pandangan seorang selebriti yang memberi kenyataan seolah-olah menyifatkan pendidikan tidak penting dan sesi persekolahan membuang masa.
Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, 42, berkata, selebriti atau orang berpengaruh mempunyai tanggungjawab sosial dalam menyebarkan perkara positif dan bukannya negatif kepada masyarakat.
“Memang pendapat masing-masing tapi kita sebagai figura awam kena faham setiap perkara yang keluar daripada mulut kita akan dipandang serius oleh masyarakat.
Awal ketika menjadi salah seorang panel dalam Program Bual Bicara: Menangani Krisis, Mmembina Reputasi.





