Sukan

Klopp minta pulang awal, kapten Jepun mahu bawa trofi Piala Asia ke Anfield

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp baru-baru ini berkongsi isi hatinya apabila terpaksa melepaskan tonggak penting seperti Wataru Endo untuk menyertai Jepun dalam Piala Asia sementara Mohammad Salah memperkuatkan Mesir dalam Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) bulan ini.

Dalam satu wawancara bersama media luar negara, pengendali The Reds itu bergurau tidak ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada dua tonggak pentingnya itu bersama tugasan negara.

Klopp mengakui bahawa dia akan ‘sangat gembira’ jika kedua-dua pemain utamanya itu akan tersingkir di peringkat kumpulan supaya mereka boleh pulang awal dan meneruskan perjuangan bersama Liverpool.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.