LUAHAN terbaharu penyerang sayap pasukan kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani selepas berita pengugurannya daripada pasukan kendalian Shin Tae-yong menjadi topik perbincangan daripada penyokong bola sepak Malaysia dan Sang Garuda.
Menerusi laman Instagram miliknya, tonggak utama Sabah FC berkenaan memuat naik gambarnya bersama pengendali The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee dengan dia menyarung jersi latihan skuad Sang Badak.
“Jangan sesekali berputus asa, bekerja di tempat yang membuatkan anda dihormati, ingat hukum alam masih berlaku,” tulis Saddil sambil diiringi tanda pagar #happyholiday dan emoji dalam bentuk mawar merah dan hati.







