SEORANG penunggang motosikal berdepan detik genting selepas terlibat dalam kemalangan dipercayai berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di kawasan Trolak, Perak pada Rabu.
Menerusi video kamera papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik di Twitter @jnmalaysia, terdapat dua penunggang motosikal yang melalui lorong kanan sebelum salah satunya berlanggar dengan sebuah lori.
Dalam video sama, lori berkenaan dilihat menukar lorong daripada kiri ke kanan secara mengejut sehingga menyebabkan salah seorang penunggang tercampak ke tepi jalan.





