SEDIA maklum penggunaan ‘celaka’ yang dianggap kasar, penyanyi Hael Husaini sudah membuat kajian sebelum menggunakan perkataan tersebut di dalam lagu terbaharunya berjudul Diam.
Menjelaskan perkara itu, Hael atau Hal Husaini Razmi, 37, berkata perkataan itu sudah lama disalah anggap dalam kalangan masyarakat yang sebenarnya membawa maksud musibah.
“Kalau nak diikutkan saya kaji dulu apabila saya buat sesuatu bagi menjaga sensitiviti masyarakat Malaysia. Saya pun sudah lama bekerja dan tahu batasan.
Hael anggap ramai salah faham tentang penggunaan kata celaka.