Sukan

[VIDEO] Satu stadium ternganga, prodigi besbol Jepun pukul bola hingga tembus bumbung Tokyo Dome

PEMAIN besbol Jepun, Shohei Otani pernah mencuri tumpuan dunia sukan apabila pernah memukul bola sehingga menembusi bumbung Tokyo Dome semasa pertandingan menentang Belanda dalam Siri Global anjuran Konfederasi Besbol Sofbal Dunia (WBSC) pada 2016.

Semasa perlawanan menentang Eropah kira-kira lapan tahun lalu itu, Otani yang diberikan kepercayaan menggalas posisi pemukul (batter) membuat kejutan memukul bola sehingga ke siling arena perlawanan.

Berdasarkan laporan media ketika itu, sekiranya Tokyo Dome tidak mempunyai bumbung, pukulan Ohtani mampu mencecah lebih daripada 160 meter (525 kaki) jauhnya.

Dalam empat perlawanan WBSC Global Series 2016 menentang Mexico dan Belanda, Ohtani serta pasukan dari Jepun menang 5-11 dengan tiga beregu dan juga melakukan homerun.

Difahamkan, pemain yang kini sudah berusia 29 tahun itu juga pernah merekodkan pukulan terpantas 165 km/j (102.5 mph) sebelum momen epik berkenaan,

Perkembangan terkini mengenai Otani mendapati pemain yang pernah meraih gelaran pemain terbaik WBSC 2015 itu kini beraksi bersama Los Angeles Dodgers untuk saingan Major League Baseball (MLB) di Amerika Syarikat.

sumbangan elitnya baik secara menyerang mahupun sebagai pembaling (pitcher), Ohtani dianggap antara yang terhebat dalam sejarah besbol Jepun mahupun seluruh dunia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram