KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim menawarkan geran RM500,000 sekali sahaja kepada setiap negeri untuk menaik taraf padang bola sepak yang digunakan untuk perlawanan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, tawaran berkenaan itu juga termasuk ditawarkan kepada semua 14 negeri termasuk Wilayah Persekutuan untuk kerja-kerja naik taraf sistem saliran dengan kos RM300,000 dan RM200,000 lagi untuk menanam rumput baharu.
“RM300,000 adalah untuk menaik taraf sistem perparitan dan baki RM200,000 adalah untuk menanam apa sahaja rumput yang mereka mahu, kecuali rumput lembu,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel di Iskandar Puteri, Johor pada Selasa (9 Januari).
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.






